Salam Jumaat, hari ini berkesempatan untuk menghadiri satu syarahan/ceramah motivasi islam yang bertajuk " Penyakit Hati'. Ceramah yang berkesan dan menarik ini telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Hazaruddin bin Baharuddin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Penyampaian yang cukup kreatif, penuh dengan jenaka dan cerita amat berkesan dalam sesuatu penyampaian, teutamanya bagi menarik minat pendengar dan mudah untuk memahami maksud yang disampaikan. Disini KyRe@tiF berkongsi sedikit info yang dapat dicatat dalam ceramah ini untuk perkongsian kita bersama. Semoga Syukur Selalu...Sukses!
Kita akan melalui 5 peringkat atau alam dalam kehidupan kita, atau nak senang ingat adalah 5R (bukan 5S ye!!)..5R itu adalah Alam Roh, Rahim, Ranjau, Reput dan Rasa (keterangan:rujuk rajah)...Manakala dalam kehidupan ini juga kita memerlukan DUIT, bukan duit ..wang tu..tapi D.U.I.T... iaitu Doa, Usaha, Ijtihad dan Tawakal..
2 ulasan:
Salam sukses selalu
Alhamdulilah. Semoga Sukses Selalu Sejahtera Sentiasa
Catat Ulasan