Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Isnin, 28 Mac 2011

5S - Taklimat & Audit 5S @ JUPEM N.Sembilan

Seremban, 28 Mac 2011 - Jemputan untuk memberi Taklimat dan Audit 5S telah dipenuhi didalam sesi Bengkel Audit & Standard 5S oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan (JUPEM N9). Taklimat Standard 5S dan OK ke tak OK telah disampaikan kepada warga JUPEM N9. Komitmen dan kesungguhan untuk menperolehi pensijilan 5S pertengahan tahun ini jelas terpancar oleh setiap warga JUPEM N9. Selanjutnya audit keseluruhan perlaksanaan amalan 5S/QE dibuat bagi tingkat 7 dan 8 di bangunan Persekutuan Negeri Sembilan di mana JUPEM N9 berada. Keseluruhan nya memuaskan dan diharap matlamat untuk mencapai 5S di JUPEM N9 akan terlaksana. Sukses 5S!!
Peserta sedang mendengar Sesi Taklimat dan Soal Jawab
Pra Audit 5S di laksanakan dan komen diberi serta merta
Manarik! - Antara kreativiti 5S di JUPEM N9

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...