Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 21 April 2011

5S - Kempen Sukses 5S @ JAIM, Melaka

Syabas kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) atas inisiatif melaksanakan promosi 5S mereka melalui satu KEMPEN SUKSES 5S. Sahabat KyRe@tiF ini, iaitu Saudara Shahrir Asraf telah menghantar berita ini dan memaklumkan akan kejayaan mereka melancarkan kempen berkenaan pada 14 April 2011 yang lalu. Antara tujuan Kempen Sukses 5S ini adalah untuk menyemarakkan semula semangat amalan 5S di kalangan pegawai/kakitangan.
Poster Kempen Sukses 5S JAIM
Berikut dikongsi bersama antara gambar-gambar aktiviti semasa kempen berkenaan berlangsung. Semoga semarak semangat melaksanakan amalan 5S/QE ini akan berterusan dan idea kempen ini mungkin boleh kita jadikan satu ikutan.
Amalan 5S antara landasan untuk membangkitkan kreativiti
Kecerian terpancar & semangat bekerja timbul ikhlas
Teruskan usaha berpasukan semoga Sukses Selalu JAIM
Bergitulah antara inisiatif warga JAIM, Melaka dalam menyemarakan Amalan 5S di tempat mereka, kepada anda yang mempunyai berita, gambar dan kreativiti sedemikian bolehlah sama kita berkongsi dengan mengirimkan info kepada sukses_5s@yahoo.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum. terima kasih sahabat di atas makluman dan promosi di atas..alhamdulillah, semoga usaha (kempen) ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah S.W.T. Terima kasih sekali lagi Saudara K. Semoga ukhwan ini terus berkekalan..Jazakallah.. ~ Shahrir Asraf (JAIM)

KyRe@tiF berkata...

Alhamdulilah, semoga usaha kita ini diberkatiNya. Bersama kita berkongsi akan perkara-perkara yang berfaedah. Selamat majau jaya JAIM. Sukses sokmo!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...