Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Isnin, 4 Julai 2011

SYABAS - Harimau Malaya

SYABAS!! Harimau Malaya mengaum lagi. Malaysia mara ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 berdasarkan peraturan kelebihan gol di tempat lawan sekalipun tewas 2-3 kepada Taiwan, semalam. Dengan agregat yang terikat 4-4, dua gol yang dijaringkan di Stadium Perbandaran Taipei sudah cukup untuk meletakkan skuad Harimau Malaya menempah pertemuan seterusnya dengan Singapura pada 23 Julai ini. Syabas dan tahniah juga kepada skuad Harimau Muda, untuk kelayakan Olimpik juga telah mara ke peringkat seterusnya. Kedua-dua skuad ini telah menempa sejarah layak ke peringkat seterusnya sejak bertahun-tahun gagal. Semoga terus Sukses dan  Semangat Sentiasa. 

Saksikan kedua-dua gol jaringan yang disifatkan jaringan terbaeeek.. Jaringan pertama oleh Aidil Zafuan:
Jaringan ke-2 oleh Ketua Pasukan : Safiq Rahim

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

CAYA LA HARIMAU MALAYA.. Sokong selalu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...