Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 5 Ogos 2011

5S - Pelancaran 5S @ Pra Sekolah (SK Putrajaya Presint 9 (2))

Tahniah diucapkan kepada guru dan pegawai di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) telah berjaya mengorak langkah awal untuk menerapkan Amalan Kerja Persekitaran Berkualiti (QE/5S). Satu sesi Majlis Pelancaran Pengurusan Tempat Kerja Sistematik 5S/QE Pra Sekolah telah diadakan pada 13 Jun 2011, dan telah dilancarkan oleh Yang Berusaha Puan Guru Besar. 
Sesi taklimat pengenalan 5S juga telah dibuat pada 7 Jun 2011 yang lalu (5S @ SCHOOL) dan susulan itu majlis pelancaran telah diadakan. Semoga SKPP 9(2) terus berusaha dan berjaya mencapai matlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti dan sistematik serta berhasrat menuju ke arah pensijilan 5S
Puan Guru Besar, Pn. Hjh Khamisah Noor bt Md. Zin menandatangani
Polisi dan Objektif Amalan 5S Prasekolah
Penyampaian cenderahati ‘Buku Garis Panduan Amalan 5S’ dan Poster 5S MPC kepada semua penyelaras 5S
Puan Guru Besar dan warga prasekolah bergambar bersama ‘Buku dan Poster Amalan 5S ’ sebagai tanda simbolik bermulanya komitmen untuk melaksanakan amalan 5S di prasekolah

 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...