Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 31 Mac 2011

KREATIF - Uji Otak Kita - Lelaki ke Perempuan!!

Mari kita uji Otak kita...Sila lakukan dan jangan cuba menipu diri anda sendiri
~~~~~~~~~

Kira jumlah huruf 'F' dalam perenggan dibawah dalam masa 15 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


dah selesai?
 

Scroll kebawah hanya apabila anda telah selesai mengira!


OK? ada berapa banyak F ?

tiga? 3!! (anda tentunya seorang lelaki!!!)
.
.
.
.
baca sekali lagi!

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS


Salah, sebenarnya terdapat 6, kira semula..

Sebab berlakunya perkara tersebut diterangkan dibawah ini...

otak LELAKI tidak memproses perkataan "OF".

Keajaiban kejadian atau silap mata?

Sesiapa yang dapat mengira kesemua 6 F's pada permulaan ujian memiliki
otak PEREMPUAN

Cuba la dengan kengkawan anda untuk menguji setakat mana kebenaran perkara
ini..... :)

Selanjutnya...

Isnin, 28 Mac 2011

5S - Taklimat & Audit 5S @ JUPEM N.Sembilan

Seremban, 28 Mac 2011 - Jemputan untuk memberi Taklimat dan Audit 5S telah dipenuhi didalam sesi Bengkel Audit & Standard 5S oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Sembilan (JUPEM N9). Taklimat Standard 5S dan OK ke tak OK telah disampaikan kepada warga JUPEM N9. Komitmen dan kesungguhan untuk menperolehi pensijilan 5S pertengahan tahun ini jelas terpancar oleh setiap warga JUPEM N9. Selanjutnya audit keseluruhan perlaksanaan amalan 5S/QE dibuat bagi tingkat 7 dan 8 di bangunan Persekutuan Negeri Sembilan di mana JUPEM N9 berada. Keseluruhan nya memuaskan dan diharap matlamat untuk mencapai 5S di JUPEM N9 akan terlaksana. Sukses 5S!!
Peserta sedang mendengar Sesi Taklimat dan Soal Jawab
Pra Audit 5S di laksanakan dan komen diberi serta merta
Manarik! - Antara kreativiti 5S di JUPEM N9

Selanjutnya...

Jumaat, 25 Mac 2011

SYARAHAN - Ceramah Motivasi Ustaz Hazaruddin (JAWI)

Salam Jumaat, hari ini berkesempatan untuk menghadiri satu syarahan/ceramah motivasi islam yang bertajuk " Penyakit Hati'. Ceramah yang berkesan dan menarik ini telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Hazaruddin bin Baharuddin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Penyampaian yang cukup kreatif, penuh dengan jenaka dan cerita amat berkesan dalam sesuatu penyampaian, teutamanya bagi menarik minat pendengar dan mudah untuk memahami maksud yang disampaikan. Disini KyRe@tiF berkongsi sedikit info yang dapat dicatat dalam ceramah ini untuk perkongsian kita bersama. Semoga Syukur Selalu...Sukses!
Kita akan melalui 5 peringkat atau alam dalam kehidupan kita, atau nak senang ingat adalah 5R (bukan 5S ye!!)..5R itu adalah Alam Roh, Rahim, Ranjau, Reput dan Rasa (keterangan:rujuk rajah)...Manakala dalam kehidupan ini juga kita memerlukan DUIT, bukan duit ..wang tu..tapi D.U.I.T... iaitu Doa, Usaha, Ijtihad dan Tawakal..



Selanjutnya...

Rabu, 23 Mac 2011

KREATIF - Chopstik Spring

Ni ada benda yang nak kongi ni. Kalau ada sesiapa yang baru-baru nak berjinak makan pakai Chopstik..boleh le buat benda kreatif ni..Hahaha..nampak macam mudah, cuba try buat. Cuma pakai penyepit baju je, ambik spring dia..(kang ada baju kat ampaian takde peyepit pulak!!) Pasni ni boleh le makan mee pakai chopstik.

Selanjutnya...

Ahad, 20 Mac 2011

KREATIF - Festival Inovasi & Kreativiti @ UTM

Jom pergi kembangkan idea kreativti kita ke Festival Inovasi & Kreativiti di UTM, Skudai, Johor pada 23-28 Mac 2011 ini. Nampak macam best je, maklum le UTM yang buat..dia kan pakar 'teknologi'... nak lagi maklumat detail boleh le ke laman web Events.UTM...

Selanjutnya...

Khamis, 17 Mac 2011

5S - Susunan Fail

Melalui amalan 5S / QE..akan terhasillah paparan atau visual yang menarik dalam melabel Susunan fail/dokumen. Dengan konsep untuk memperolehi carian fail dalam atau sebelum 30 saat, pelbagai kaedah, kreativiti dan konsep akan timbul dalam hendak membuat susuan fail ini.
Paling kerap konsep yang digunakan adalah kaedah 'visual' bukit. Dimana susunan fail dilabel dengan dengan meletakkan paparan menaik dan menurun (seperti gambar). Kaedah ini adalah mempercepatkan mudah kesan jika fail hilang, kurang atau dipinjam. Banyak lagi kaedah yang dipratikkan dalam susuan fail ini. Rajin-rajin lah pergi melawat dan buat tinjauan ke agensi yang telah berjaya melaksanankan Amalan 5S. Dengan konsep warna, nombor, gambar, susunan dan pelbagai lagi kaedah yang akan diterapkan bila 5S melanda di tempat kita..

Menarik! Susunan Fail Bergambar (2 in 1) @ JPN Putrajaya
Penghasilan susunan fail yang kemas bukan sahaja mempercepatkan carian dan simpanan fail, tapi menyemarakkan lagi suasana 'keceriaan' di bilik fail / simpanan dokumen. Hati senang bila nak cari fail. Ayuh susun fail elok-elok dan biar ia jadi sebutan orang. Jika anda mempunyai gambar Amalan 5S yang terbaik, kirimkan kepada KyRe@tiF agar kita dapat berkongsi bersama.
Mantap!! lagi kreatif. Terus letak /view gambar 'gunung' ..menarik!

Selanjutnya...

Selasa, 15 Mac 2011

SEMENTARA - Dunia ini Sementara...

Lihat lah malapeta di Japan / Tsunami pada 11 Mac 2011 yang lalu...

Dunia ini adalah sementara.....

Dunia Sementara...
Hidup kini...mati entah bila...
Mungkin esok atau lusa...
Atau lagi sejam dua...
Atau bila...tak dapat diteka...
Dunia Sementara...
Rasa seperti selama-lamanya...
Hingga lupa pada yang seterusnya...
Kehidupan kedua yang menanti di sana...
Di akhirat yang tiada penghujungnya...
Dunia Sementara...
Aku lalai aku leka...
Fikir dunia...dunia...dan dunia...
Tiada fikir amalan dan pahala...
Tiada fikir dosa dan neraka...
Dunia Sementara...
Kini ku sedar akan Dunia Sementara...
Ku tahu ku akan mati jua akhirnya...
Meniggalkan dunia yang sementara...
Dan bertemu Allah yang Maha Esa...
Dunia Sementara...
Ku menangis menitiskan air mata...
Mengenangkan dosa yang tak terkira...
Oleh itu Ya Allah..ampunilah dosa...
Ampunilah dosa...ampunilah dosa...
> Amiin...

Selanjutnya...

Ahad, 13 Mac 2011

SYOK - @ Tiara Beach Resort, PD

Sekali sekali nak lepaskan STRESS boleh le pergi rehatkan minda dan diri di sebuah resort di Port Dickson, N.Sembilan iaitu Tiara Beach Resort. Ia merupakan `inland sea resort' spread over 23 acres is the biggest man-made beach in Malaysia' ..wow!! walaupun ia dah lama dibuka, tetapi KyRe@tiF baru tahu..hihihi.. Dua minggu yang lepas telah pergi ke sana menginap dan bermain air bersama family..SYOK jugak.. ramai jugak orang disana, dengan keluasannya, ketenangan dan air serta pasir...terlupa seketika akan pantai-pantai di PD.. syok..hilang stress..bolehlah berfikiran kreatif..sukses!!

Selanjutnya...

Sabtu, 12 Mac 2011

Blog SUSKES 5S - terus sukses

Alhamdulilah, blog SUKSES 5S terus dapat menyumbangkan info-info yg dapat dikongsi bersama. Hari ini baru genap 1 bulan ia beroperasi..walaupun masih baru, KyRe@tiF akan cuba memantapkan ia dari segi idea, persembahan dan perkongsian.. Agar matlamat ' Gerbang Perkongsian Kreativiti Anda' tercapai. Mohon jua pandangan dari pembaca dan pengikut blog ini utk memberi komen, idea membina dan apa2 karya yang boleh kita berkongsi bersama. Agar matlamat dan konsep kerja dan displin kita dalam melaksanakan amalan 5S / QE tercapai dengan suksesnya.
Perubahan Paparan Muka Blog SUKSES 5S
Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberi idea dan tunjuk ajar dalam membina blog ini, khususnya Alhanzoli. Blog ini juga lahir hasil dari blog JOM 5S yang telah genap setahun operasinya, dengan matlamat yg sama - 5S!! Kepada pemilik blog JOM 5S iaitu Mr.Yaba, terima kasih atas tunjuk ajar.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan nasihat dalam pelaksanaan Amalan 5S dan juga audit bolehlah berhubung dengan Mr.Yaba. InsyaAllah beliau sudi membantu dan sama-sama kita jayakan nilai murni 5S dalam amalan kerja kita seharian di pejabat mahupun boleh dilaksanakan di rumah..Jom 5S dan Sukses 5S!!


Selanjutnya...

Jumaat, 11 Mac 2011

5S - Parking dalam Amalan 5S

Dalam 5S, parking adalah yang selalu kiter nampak.. kalau ada line-line tu, maka 5S la tu.. ye ke? parking wajib dalam amalan 5S.. Untuk makluman lah, dari pandangan KyRe@tiF tidak semua benda nak kena parking. Kita kena tahu apa maksud atau tujuaan sebenar parking ini..iaitu ‘agar barangan yang boleh bergerak kembali ke kedudukan asal’ ingat!! Yang ‘kerap bergerak’!! Jangan semua benda nak diparkingnya. Dalam 5S tiada arahan yang suruh buat parking. Ini semua ikutan dan amalan sahaja. Ia sebenarnya bertujuan untuk mendisplinkan diri kita sendiri agar memulangkan benda ketempatnya dan memastikan barangan yang dicari mudah jumpa.

Selanjutnya...

Selasa, 8 Mac 2011

Nombor 111 - Unik bagi tahun 2011

Wow!! menarik.. anda akan dapat jumlah nombor 111 apabila mencampurkan umur anda pada tahun ini dengan tahun kelahiran anda..cuba laa...Ambil kalkulator..jom kira..hihihi..

Selanjutnya...

SENYUM - Jom Layan Kartun - Part 1

Sekali sekali layan kartun ok jugak.. boleh SENYUM..senyum.. SENGEH..sengeh.. harap dengan cara ini boleh le hilang STRESS..hi.3. Baik lah di sini KyRe@tiF akan paparkan kartun hasil karya kartunis Alif Firdaus Azis.. Nak kartun lagi boleh le ke blog beliau.. jom layan..
 

Selanjutnya...

Ahad, 6 Mac 2011

5S - Video Amalan 5S @ SMV Kluang

KyRe@tiF terjumpa dengan satu video di YouTube berkenaan Amalan 5S yang dihasilkan oleh SMV Kluang, Johor. Video ini amat menarik, jelas maksud 5S dan paparan yang mantap. Setiap amalan 5S diceritakan dengan terperinci dari S1 hingga S5 : Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal. Tahniah SMV Kluang atas penghasilan video ini.. Marilah saksikan video ini di YouTube : Amalan 5S SMV Kluang
Video Amalan 5S SMV Kluang di YouTube

Selanjutnya...

Sabtu, 5 Mac 2011

KREATIF - Ciptaan Lampu yang Unik & Simple

Sungguh kreatif idea buat bekas lampu dengan  barang terpakai ni.. Hanya menggunakan bekas botol minuman mineral dan sudu plastik..terhasilah Lampu ini. Boleh cuba kalau rajin..nampak kemas dan eklusif...saya rasa macam nak buat, cuma tak de masa je..hahaha ..tetapi kalau anda buat,..sila hantarkan gambar hasil kraetiviti anda pada KyRe@tif..untuk kita berkongsi bersama... selamat mencuba.
Sediakan bahan utama Botol Plastik & Sudu Plastik
Dengan gam, buat gubahan berikut dan lihatlah hasilnya.

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...