Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 18 Januari 2013

5S @ Masjid Melaka

Tahniah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), atas usaha memperluaskan Amalan Pelaksanaan 5S/QE ke masjid-masjid di Melaka. Seperti yang pernah di ceritakan dalam post 5S @ Masjid dahulu, akhirnya ia telah menjadi kenyataan dan pada 13 Disember 2012 yang lalu, audit 5S oleh MPC telah dibuat ke atas masjid-masjid berkenaan.
 
Berikut info dan gambar berkenaan yang dikongsi melalui rakan fb Zurul Iman (JAIM) melalui http://www.facebook.com/groups/5SJAIM/

Zurul Iman : Tahniah dan terima kasih kpd semua sempena Audit Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di masjid2 oleh MPC pd 13.12.2012...Secara keseluruhannya, auditor memuji amalan 5s di masjid ug berada pd tahap yg 'cemerlang' dgn markah 90%...sebanyak 43 stiker cemerlang spt berikut:-
1-Masjid Sayyidina Ali (8 stiker)
2- Masjid Al Ghaffar (9 stiker)
3- Masjid Al Alami (12 stiker)
4- Masjid Ar Rasyidin (6 stiker)
5-Masjid Al Azim (7 stiker)
6-Sudut Induk 5S Masjid (1 stiker)
 Pencapaian yg amat membanggakan sehingga bjaya mengatasi pencapaian jabatan...Tahniah kepada semua di atas kejayaan ini terutamanya warga kerja masjid..Kejayaan tidak akan dpt tnpa usaha dan kerjasama semua..Moga Allah terus memberikan kejayaan kpd JAIM...











Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...