Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 28 Disember 2012

KREATIF : Penjimatan Air Melalui Tangki Tandas

Salah satu kaedah nak jimat air sehingga 30% adalah dengan meletakkan objek seperti botol (yang diisi air/batu), Batu, Simen dan lain-lain ke dalam Tangki Tandas rumah kita untuk mengurangkan pengisian air ke dalam tangki berkenaan.. Bila dah ada objek dalam tangki berkenaan, maka air yang diisi dalam tangki akan kurang dan bila kita 'flush'... penggunaan air adalah sedikit.. (Cuba fikir, kadang-kadang buang air kecil pun kita 'flush'.. tak ke membazir namanye tuuuu..)
Contoh: Botol yang diisi batu, diletakkan dalam Tangki Tandas
Oleh itu, dalam pelaksanaan Amalan 5S, K' rasa kita boleh gunakan kaedah ini di tandas-tandas sekitar agensi/pejabat. Lagi jimat.. so Impkas 5S dalam kaedah Penjimataan Penggunaan Air boleh di war-warkan.. Jom Jimat!!
Tips Lain : Masukkan pewarna / nila dalam Tangki Tandas ini.. untuk menguji jika ada kebocoran air (mudah kesan dengan penggunaan warna). Sebab dalam kes air bocor secara kecil-kecilan kita tidak perasan kebiasaannya...
Sumber Rujukan :
Akhbar Kosmo 19/12/2012 : 15 Cara Melestarikan Alam > Tips 12 : Jimatkan Penggunaan Air Tandas [Masukkan botol air terpakai yang diisi dengan batu-batu kecil dan air ke dalam tangki tandas bagi mengurangkan penggunaan air setiap kali menggunakan tandas. Penggunaan air akan dapat dikurangkan sehingga 30 peratus]

JOM JIMAT AIR... K' dah laksanakan projek ini kat rumah.. memang jimat.. berikut langkah/gambar pemasangan botol di dalam tangki air tandas..
Botol Terpakai yang disi batu dan air (utk pemberat)
Kedudukan Botol yang dimasukkan dalam Tangi Air Tandas
Perbezaan paras air dalam tangki Sebelum & Selepas (ditanda)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...