Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Ahad, 9 Disember 2012

5S - Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor @ Kursus 5S


4-5 Disember 2012 - Gunung Ledang, Johor : Sukses dengan jayanya Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) menganjurkan Kursus Motivasi Pengamalan 5S Secara Berterusan di Gunung Ledang Resort, Tangkak, Johor. Dengan berlatarbelakangkan dan suasana dingin di kawasan peranginan / air terjun di Gunung Ledang, kursus ini berjaya menaikan semangat jati diri dan motivasi peserta. Seramai hampir 35 peserta yang mewakili daerah/mahkamah syariah masing-masing telah menghadiri kursus yang berobjektif :
  1. Meningkatkan Pemahaman dalam Pengamalan 5S pada Kakitangan JKSNJ
  2. Memupuk Kesedaran Terhadap Kepentingan Pengamalan 5S Secara Berterusan
  3. Meningkatkan Kualiti dan Produktiviti di Kalangan Warga Kerja JKSNJ
Kursus 2 hari ini telah dirasmikan dan diketuai oleh Y.A.A Tn. Hj. Amir bin Danuri (Ketua Hakim Syarie Johor Darul Ta'zim), manakala taklimat berkenaan motivasi/jatidiri dan Pelaksanaan Amalan 5S telah disampaikan oleh Penceramah 5S iaitu Mr.Yaba.
 

KyRe@TiF juga telah dijemput untuk berkongsi pengalaman dalam taklimat Ok ke Tak Ok 5S dan Tips Audit 5S. Keseluruhan peserta telah menunjukkan semangat,  kesungguhan dan melontarkan banyak idea dalam penambahbaikan 5S di JKSNJ. Sesi pencambahan idea bagi memantapkan pelaksanaan 5S telah dibentangkan oleh wakil kumpulan masing-masing.
Peserta Kursus JKSNJ dan Sesi Taklimat oleh Mr.Yaba

Bahan Kursus : Nota Poket 5S, Fail, Tag, Buku Atur Cara

Sesi Pembentangan, Perbincangan dan Penyampaian Sijil/Cenderahati

JKSNJ telah memperolehi pensijilan 5S MPC pada tahun 2011, dan kini dalam peringkat memperbaharui sijil bagi tahun ke-2. Dijangka pada akhir Disember 2012 ini, Audit Pensijilan 5S MPC akan dilaksanakan dan di harap mereka terus berjaya dan cemerlang. Dan apa yang boleh dibanggakan JKSNJ telah berjaya melaksanakan Pensijilan 5S secara bersama dan serentak dengan Mahkaham Syariah Daerah seperti di Johor Bahru, Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, Pontian, Kota Tinggi dan Mersing. Serta JKSNJ juga telah berjaya memperolehi Anugerah Emas di Konvensyen 5S MPC 2012! Tahniah dan semoga terus berjaya dalam semua bidang bagi tahun-tahun mendatang....TQ kepada pihak urus setia atas jemputan dan urusan semasa disana. Semoga Sukses Selalu Sejahtera Sentiasa!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...