Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Khamis, 13 Disember 2012

SANTAI - Lawak Ha-ha Menjelang Malaysia vs Thailand 13.12.2012

Berita Lawak edisi TIPU Harian Metro 12.12.2012.. susulan penganjur, menjelang perlawanan Separuh Akhir ke-2 di Thailand (13.12.2012) yang menyediakan padang latihan umpama 'Bendang' (http://malayaharimau.blogspot.com/2012/12/sinar-harimau-diberi-padang-umpama.html) ..hhihi.. Apa apa hal.. Go mengaum Harimau Malaya.. Kau Boleh!!

Idea kreatif yang dibuat oleh mereka yang 'edit' akhbar ini seperti 'asal' amat menghiburkan dan diharap ia tidak disalah guna untuk memaparkan 'Berita Palsu'.. sebagai peminat Harimau Malaya (HM), dan blog SELAMANYA HARIMAU MALAYA telah dikongsi bersama. Semoga HM menang bertemu Thailand malam ini untuk ke final bertemu SINGAPURA..
jom SOKONG, SORAK, SEMANGAT, SETIA, SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!

KEPUTUSAN:

Separuh Akhir 1 : Malaysia (1) vs Thailand (1)
Separuh Akhir 2 : Thailand (2) vs Malaysia (0)

Agreget : Thailand layak ke Final dengan Agregat 3-1

Final 1 : Singapura (3) vs Thailand (1)
Final 2 : Thailand (1) vs Singapura (0)

Singapura JUARA AFF CUP 2012 - Tahniah Sang Singa!!!

Harimau Malaya,,huhuhuhu..teruskan berjuang dan mengaum lebih kuat di 2013 - kelayakan Piala Asia.. kau boleh!!!

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...