Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Ahad, 29 Jun 2014

SALAM RAMADHAN 1435H

Ramadan bulan mulia,
Jalani ibadah kita bersama,
Ucapan selamat berpuasa,
Penuh sihat penuh ceria...

Selanjutnya...

Khamis, 22 Mei 2014

Kreatif @ Khamis : Spring Pen

Pernah terfikirkah anda, akan kegunaan 'spring' yang dalam pen tekan-tekan tu (kalau dah habis dakwat).. Ha..kat sini nak bagi idea kreatif untuk penjagaan Kabel Wayar, terutamanya wayar untuk cas handphone atau wayar tablet.. Oleh kerana hari-hari kita cas telepon.. akan kerap putus/terkulai wayar tu.. untuk atasi masalah itu..salutkan spring pada kepala wayar untuk beri ia 'pelindungan'.. selamat mencuba..

Selanjutnya...

Selasa, 20 Mei 2014

5S - Kenapa Perlu 5S & Kenapa Perlu Pensijilan?

Selalu orang tanya buat apa nak buat 5S/QE ni?... kalau tak buat pun, masih boleh berkerja lagi kan?... kenapa nak susah-suah dapat kan Sijil 5S pulak?... aduh macam-macam persoalan yang timbul..
so untuk jawapan adalalah:

Apakah Persekitaran Berkualiti (5S)?
Persekitaran Berkualiti (5S) adalah permulaan kehidupan yang sihat, selesa dan produktif untuk semua orang di tempat kerja. Ini adalah asas kepada peningkatan produktiviti. Apabila dilaksanakan dengan jayanya di sebuah syarikat/ agensi/ jabatan yang mempunyai Persekitaran Berkualiti (5S) akan membawa perubahan yang menakjubkan.
Sebagai contoh, semua barangan yang tidak diperlukan dibuang dari tempat kerja, hanya perlu item terletak berhampiran dengan pengguna, mesin dan peralatan sentiasa bersih dan berkilat.
5S adalah singkatan bagi lima (5) perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke. Daya penggerak untuk Persekitaran Berkualiti (5S) program datang dari modal insan. Dalam hal ini, Shitsuke adalah kritikal kepada kejayaan. Shitsuke adalah untuk melatih orang-orang yang sewajarnya supaya mereka akan mengikut tabiat yang baik.
 
Kenapa Pensijilan Persekitaran Berkualiti (5S)?
Mencapai pensijilan adalah suatu akuan awam komitmen kepada alam sekitar yang berkualiti, tempat kerja yang lebih baik dan peningkatan berterusan untuk memenuhi keperluan pelanggan. Terdapat pelbagai kemungkinan faedah yang berkaitan dengan telah mencapai Persijilan:
  • Peningkatan kecekapan
  • Peningkatan produktiviti
  • Peningkatan penjanaan idea-idea baru
  • Mengurangkan aduan
  • Peningkatan keuntungan
  • Meningkatkan semangat berpasukan
  • Peningkatan prestasi pekerja melalui disiplin semula jadi
  • Imej yang lebih baik menjana lebih banyak perniagaa


Semoga menjawap persoalan berkenaan.........


Sumber : Web MPC - 5S

Selanjutnya...

Jumaat, 9 Mei 2014

KREATIF : Isyarat Sudu & Garfu Semasa Makan

Bagaimana anda meletakkan perkakas anda (sudu dan garfu atas pinggan makan) untuk menghantar isyarat khusus untuk pertugas/pelayan hotel ?
Kita biasa makan kat hotel kan.. atau makan kat restoran/warung pun boleh buat isyarat ini apabila anda telah habis makan. Isyarat ini akan memudahkan pertugas hotel / pelayan untuk bersihkan meja anda atau anda masih hendak 'menikmati' makanan lagi..

Berikut isyarat yang menyatakan anda dah habis makan, berhenti sekejap, makan sedap atau makan tak 'best'...Tapi untuk mereka yang pakai sudu garfu je le.. kalau makan pakai tangan..bedal je le kasi 'licin' hihihihi 

8 Dining Mistakes You're Making That You Never Knew About! 1 - https://www.facebook.com/diplyofficial
Kaedah meletakkan perkakas (sudu dan garfu) anda untuk menghantar isyarat khusus untuk pelayan hotel

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...