Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Selasa, 16 Julai 2013

SEMAKAN ARAH KIBLAT - HARI INI (16 Julai 2013 @ 7 Ramadhan 1434)

Buat semakan Arah Kiblat kita pada hari ini 16 Julai 2013 @ 7 Ramadhan 1434 di rumah anda jam 5.27 petang (waktu Malaysia). Dimana penentuan arah kiblat yang dijalankan adalah menggunakan Kaedah Matahari Istiwa (Transit) Atas Kaabah.

 
Serba sedikit megenai info Matahari Istiwa (Transit) Atas Kaabah: 
  1. Fenomena ini hanya berlaku dua (2) kali dalam setahun iaitu bagi tahun 2013 adalah pada 28 Mei 2013 dan 16 Julai 2013. 
  2. Pada ketika berlakunya Matahari Istiwa Atas Kaabah, arah kiblat sesuatu lokasi dapat ditentukan berdasarkan masa berlakunya transit Matahari tersebut. 
  3. Arah kiblat yang diperolehi semasa berlakunya transit akan memberikan arah kiblat yang tepat, kerana bayang-bayang yang terbentuk di sebelah Timur menunjukkan arah kiblat yang tepat. 
  4. Masa bagi melihat arah kiblat pada 28 Mei 2013 adalah pada 5.16 petang Waktu Piawai Malaysia (WPM). Bagi 16 Julai 2013, masa bagi penentuan arah kiblat pada 5.27 petang (WPM).
Jom buat semakan arah kiblat di tempat anda. Apa yang diperlukan bagi tujuan semakan arah kiblat menggunakan kaedah ini adalah mudah, iaitu:
  
  • Satu (1) batang kayu
  • Benang atau tali
  • Paku atau apa-apa objek yang boleh dijadikan tanda
 Nota : Kang boleh le mintak bos balik awal hari ni, nak buat semakan Arah Kiblat..hi3 (tapi jangan pulak singgah Pasar Ramadhan pulak)..kuang kuang kuang

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...