Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Jumaat, 10 Januari 2014

KREATIF - Tip Memudahkan Kerja Di Rumah

Berikut dikongsi satu artikel di akhbar KOSMO (30 Disember 2013) berkenaan Tip Memudahkan Kerja di Rumah. Kiranya kreativiti di rumah le ni..

Antara tipnya adalah:
1) Memotong Buah Dengan Sekata
Letakkan buah atau sayur di antara dua penutup bekas plastik. Dan potong /pisau ditengah-tengah. Untuk kerja mudah dan cepat.. Macam tomato, kira air-air buah berkenaan tidak le mengalir ke luar dan buah tu dengan sekali gus terbelah dua..


2) Menyusun Wayar dan Kabel Peralatan Eletrik
Gelungan tisu tandas yang telah habis tisunya digunakan untuk emnyusun wayar-wayar / kabel eletrik.. baru nampak tersusun dan tidak berselirat..

3) Susun Pisau Dapur Lebih Kemas
Gunakan bekas kodong/tin letakkan lidi sate banyak-banyak dan dengan mudah pisau-pisau anda akan diletakkan dengan tersusun dan kemas.. serta nampak cantik..

Jom cuba kreatif @ home ni....

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...