Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Rabu, 7 Disember 2011

5S - SMT Klang > Sekolah Menegah Teknik Pertama Memperolehi Pensijilan 5S/QE

Syabas kepada Sekolah Menengah Teknik Klang, Selangor atas pensijilan Amalan 5S/QE MPC pada 18 November 2011 yang lalu. Ia merupakan sekolah menengah Teknik yang pertama memperolehi pengiktirafan Sijil Amalan Persekitaran Berkualiti (5S/QE). Amalan 5S di semua Sekolah Menegah Teknik dan Vokasional telah diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Teknik Dan Vokasional (BPTV) selaku satu bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia yang mengawalselia semua Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional di Malaysia sekitar tahun 2009. Sehubungan itu semua Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional digalakkan menerapkan amalan 5s disekolah masing-masing. Dan SMT Klang mengorak langkah cemerlang dengan mendahului sekolah-sekolah SMT/V yang lain. Syabas diucapkan sekali lagi.

Berikut coretan semasa proses pengauditan 5S oleh MPC (En.Ismail Mohd Nor) di SMT Klang yang telah dilaporkan oleh Ketua Zon Binaan Bangunan SMT Klang : En.Mohd Zaidi Moh Endon :
Juruaudit 5S MPC melakukan audit di Bengkel Binaan Bangunan sambil diberi penerangan oleh Ketua Bengkel Binaan Bangunan, sambil diperhatikan oleh Puan Pengarah (Pn.Hjh.Fuzyah Abdullah) dan Penyelaras 5S SMT Klang.
Audit 5S dijalankan di Pejabat Sekolah
Auditor sedang membuka almari simpanan fail Bilik Guru Akademik
Kelas juga tidak ketinggalan diaudit oleh pihak MPC
Sesi Rumusan dijalankan setelah selesai proses Audit 5S
Majlis Penyerahan Sijil Sementara oleh auditor sebagai tanda SMT Klang telah memperolehi pensijilan 5S
Menurut Sahabat Sukses5S (En.Mohd Zaidi), Pihak MPC telah memberi markah 90% dan penarafan 5 bintang akan pelaksanaan Amalan 5S disini. Begitu cemerlang akan pelaksanaan 5S @ SMT Klang, semoga akan terus mantap, sukses dengan menerapkan aspek 'Sentiasa Amal' dan 'Kaizen'. Teruskan!! dan selepas ini, sesiapa nak buat lawatan ke SMT Klang boleh lah berhubung dengan pihak sekolah berkenaan. Sukses selalu...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah SMT Klang.. Semoga terus mantap dan disegani...

Unknown berkata...

tahniah SMTeknik Klang.. dihatiku

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...