Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Rabu, 17 September 2014

Seminar Inovasi Sektor Awam 2014 @ 22-23 Sept.2014

SEMINAR INOVASI SEKTOR AWAM 2014
22 & 23 SEPTEMBER 2014
INTAN BUKIT KIARA, K.LUMPUR

PENGENALAN
Sektor awam masa kini mendepani isu globalisasi, kemajuan sains dan teknologi, persaingan bakat dan peningkatan daya saing negara menuntut transformasi ke arah sistem penyampaian yang lebih mantap dan responsif. Justeru, pemerkasaan elemen kreativiti dan inovasi dalam meningkatkan prestasi organisasi dilihat sebagai inisiatif transformasi yang lebih strategik untuk menyediakan sektor awam Malaysia bertaraf dunia dan berprestasi tinggi. Seminar Inovasi Sektor Awam 2014 selama dua hari ini bertemakan “Anjakan Inovasi ke arah Transformasi Perkhidmatan Awam” bermatlamat memberi pemahaman tentang ekosistem inovasi sektor awam antaranya matlamat model (proses, sumber manusia, pemimpin dan asas) dan mengadaptasi amalan inovasi terbaik dalam transformasi perkhidmatan awam. Seminar ini turut memberi pendedahan tentang kajian kes inovasi sektor awam yang dibentangkan oleh agansi terkemuka pengamal inovasi sektor awam dari dalam dan luar negara.

MATLAMAT SEMINAR
  • Memahami ekosistem inovasi sektor awam (proses, manusia, pemimpin dan asas)
  • Mengadaptasi amalan inovasi terbaik dalam transformasi perkhidmatan awam
  • Memanfaatkan perhubungan dan membina rangkaian serta jalinan di antara peserta
  • Berupaya menjadi agen transformasi dalam melonjakkan proses transformasi
Brosur Seminar Inovasi ektor Awam
ANJURAN 
Anjuran bersama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Pusat Inovasi dan Produktiviti Pentadbiran Awam (PIPPA), Universiti Sains Malaysia

Maklumat Lanjut : http://pippa.usm.my

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...