Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Rabu, 18 April 2012

5S @ MASJID

Pernahkan anda mendengar Amalan 5S di laksanakan di Masjid?. selalu kita dengar 5S dilaksanakan di pejabat, kilang, luar persekitaran, klinik, hospital, dan sekarang Sekolah-sekolah sedang giat laksanakan 5S/QE ini.. Secara tidak rasmi surau pun kita buat 5S juga (sebab dah dalam premis pejabat/ kawasan pelaksanaan).. Tetapi untuk masjid, ia adalah langkah yg amat positif dan jika berjaya dilaksanakan secara keseluruhan.. amatlah dibangga kan. Kerana fokus 5S yang pertama KEBERSIHAN adalah juga perkara utama dalam agama Islam.

Andai kata 5S @ Masjid berjaya, banyak perkara yang dapat diatasi, antaranya:
  • Kebersihan luar dalam - sudah semestinya
  • Tempat Wudu' - Bersih dan ada label/nombor
  • Tong Sampah / Selipar dll tersusun
  • Sejadah / Telekong - ada rak khas dan tersusun
  • Al-Quran dan Buku-Buku Agama - adal label dan nombor
  • Alat Pemadam Api - kedudukan diketahui dan ada Pelan Kecemasan
  • Lampu / Kipas - Semua ada label dan memudahkan
  • Tandas - Mudah ditemui oleh pelawat, bersih, ada penjaga, labeling..
  • Penjimatan Air dan Eletrik - menguntungkan
  • dan Banyak lagi leee.. harap-harap sukses le agenda seumpama ini..
Dan baru-baru ini, pada 13 April 2012, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah melancarkan Pelaksanaan Amalan 5S / Persekitaran Berkualiti di Masjid.. majlis yang berlangsung di Auditorium Masjid Al-Azim, Melaka ini juga disertakan sekali dengan Kempen Kitar Semula. Berikut dikongsi gambar-gambar semasa Majlis Pelancaran 5S Masjid dan Kempen Kitar Semula yang diperolehi daripada saudara Mohd Ridwan (JAIM) dan untuk butiran lanjut dan gambar-gambar boleh ke blog promosi5sjaim.blogspot.com



Selanjutnya...

Jumaat, 13 April 2012

5S @ PTG Melaka

Jika mengikut pandangan KyRe@TiF, negeri Melaka adalah antara negeri Pelaksana Amalan 5S/QE yang secara menyeluruh. Ada terdengar juga bahawa Melaka ingin menjadi Negeri Pertama Negeri 5S!!.. satu matlamat yang baik dan disokong. Jika diperhatikan, sudah banyak agensi, organisasi kerajaan/ swasta, sekolah, klinik, masjid dan sebagainya telah melaksanakan 5S/QE ini.. Syabas.

Baru-baru ini, ada kesempatan atas urusan ke Wisma Negeri Melaka, dan amat 'menyedapkan' mata memandang akan pelaksanaan 5S di sana. Dan salah satu agensi di Wisma Negeri berkenaan yang telah melaksanakan Amalan 5S adalah Pejabat Tanah dan Galian Negeri Melaka (PTG Melaka).

Berikut dikongsi, antara gambar-gambar yang sempat dirakam untuk perkongsian bersama:
Laman Utama PTG Melaka dengan Paparan Sijil 5S MPC dan Kualiti
Antara amalan / Sistem Label yang berkesan
Pemilihan warna di Kaunter Urusan PTG amat Ceria
Pemandangan Tenang dan Kemas di sekitar pejabat
Sudut 5S Induk Wisma Negeri Melaka

Selanjutnya...

Selasa, 3 April 2012

KREATIF - Dah Senang Nak Lukis Kartun!

Wah, sekarang ni dan senang dan makin canggih, nak lukis kartun / karikartun pun dah boleh pakai peranati/aplikasi canggih seperti handphone, smartphone, tablet dan sebagainya. Kalau dulu, habis paper drawing dan water colour digunakan utk melukis.. la ni... Berikut keratan akhbar mengenai perkara berkenaan.. canggih & kreatif...

Peranti kreatif mudah alih
Sumber : Akhbar Kosmo
oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
KARYA karikatur boleh dicetak dengan pantas.
DALAM era pemodenan yang dikecapi hari ini, pelbagai peranti dan aplikasi canggih dibangunkan untuk menawarkan kemudahan kepada manusia sejagat. Kecanggihan teknologi yang ditonjolkan peranti dan aplikasi tersebut bukan sahaja membantu dalam melancarkan kehidupan seharian orang ramai malah memberi sinar baharu kepada pengkarya seni. Terbaharu, syarikat gergasi Samsung yang memperkenalkan Galaxy Note memberi pilihan terbaharu kepada pengkarya seni untuk menghasilkan karya mereka dengan lebih mudah dan pantas.


PAPARAN skrin yang luas dan jelas membantu pelukis karikatur menghasilkan karya dengan baik.
Dijana sistem operasi Android 2.3 Gingerbread, peranti itu dilengkapi paparan skrin 13.5 sentimeter (sm) Super Amoled definisi tinggi (HD) yang membolehkan pelukis karikatur menghasilkan lukisan mereka tanpa menggunakan kertas ataupun kanvas. Pelukis karikatur, Nordin Yusoff, 45, berkata, perkembangan teknologi terutamanya yang ditonjolkan dalam peranti telefon pintar seperti Samsung Galaxy Note dapat membantu pengkarya seni.

Selanjutnya...

Isnin, 2 April 2012

Super Safee - Komik Bola Terbaru!!



Berita baik untuk mereka pengemar Komik dan Bola Sepak, kini sebuah komik baru dilancarkan iaitu Komik Super Safee.. (dilancarkan pada 30 Mac 2012)

Mengisahkan perjalanan kisah hidup Safee Sali sebagai pemain bola sepak.. kira ala-ala buku komik Anak-Anak Sidek lee maca dulu-dulu.. Nak tahu lanjut beli le komik ni.. RM 6.90 saje.. keluaran pertama..

BUTIRAN LANJUT:

Super Safee #1: Kelahiran Bintangoleh Froggypapa
Harga: RM 6.90 / RM 7.90
Tarikh Terbit: 30 Mar 2012
Jumlah Muka Surat : 112
Penerbit: PTS Pop Sdn Bhd

SINOPSIS : Buat pertama kalinya, kehidupan pemain bola sepak Malaysia diabadikan dalam bentuk komik! Saksikan pelbagai kisah lucu, drama, seram(?) dan bermacam-macam lagi yang disedut daripada sudut kehidupan sebenar Safee Sali sejak kecil hingga berjaya menjadi bintang bola sepak negara.

Semua pendapatan daripada komik ini akan didermakan kepada pusat kebajikan. Semoga anda terhibur membaca komik ini

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...