Putrajaya, 10 Jun 2011: Taklimat Audit 5S telah dijalankan kepada wakil-wakil Juru Audit 5S dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah & Galian (JKPTG) dan wakil Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar (NRE). Taklimat yang dijalankan ini adalah usaha JKPTG untuk memantapkan kaedah pengauditan 5S bagi mengharungi pensijilan kedua 5S sekitar bulan Ogos/September nanti.
Sesi Taklimat di pengerusikan oleh Puan Mahila Sofina (JKPTG) |
Antara peserta yang hadir dan memantapkan ilmu Audit 5S |
Antara isi/skop taklimat yang telah dibentangkan kepada hampir 40 peserta ini adalah:
- Kaedah Berkesan Audit 5S
- Ragam Juru Audit 5S
- Kriteria Audit MPC
- Draf Kriteria Baru Audit MPC 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan