Blog Sukses 5S

"Gerbang perkongsian kreativiti & inovasi anda, semoga kita menjadi insan yang berfikiran sukses....senyum, seronok, sejahtera & syukur selalu.."
>>>> Fokus kepada Amalan Persekitaran Berkualiti 5S/QE - Sisih, Susun, Sapu, Seragam & Sentiasa Amal.. Jom 5S!! <<<<

Isnin, 29 Ogos 2011

SALAM AIDILFITRI @ 1432 H

1, 2, 3, 4
SeLaMaT MaKaN KeTuPaT
5, 6, 7, 8
MoHoN AmPuN & KeMaaFaN
9, 10 hingga 100
Dari KyRe@tiF iKhLaS & TuLuS
KyRe@tiF mengucapkan Selamat Balik Kampung dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon kemaafan dari hamba yang hina ini jika ada silap salah dalam penulisan, penerbitan, pengkaryaan bagi blog SUKSES 5S ini, kepada family, sahabat handai, dan semua pembaca blog ini Maaf Zahir dan Batin..

Selanjutnya...

Jumaat, 26 Ogos 2011

SELAMAT - Tips Keselamatan Sebelum Balik Kampung @ Hari Raya :)

Baner Peringatan Agar Mengisi Borang Balik Kampung @ PDRM

Lagi berapa hari lagi kita nak menyambut hari raya Aidilfitri, maka agenda 'Balik Kampung' adalah yang utama dalam hendak menyambut hari lebaran ini. Tetapi kita kena ingat , sebelum nak balik kampung..langkah-langkah keselamatan perlu diutamakan sebelum, semasa dan selepas berhari raya. Disini KyRe@tiF nak kongsi serba sedikit tips '5S' sebelum balik kampung:
  1. SERAH borang balik kampung yang boleh didapati di Balai Polis berhampiran dengan mengisi maklumat yang diminta. Ini bertujuan untuk pemantauan pihak PDRM akan kawasan perumahan kita.
  2. SEBAR maklumat nak balik kampung ini kepada jiran-jiran yang tidak balik kampung, untuk jenguk-jenguk rumah kita dan bagitahu berapa hari kita bercuti.
  3. SERVIC kenderaan anda sebelum balik kampung, semoga tiada perkara yang tidak diingini berlaku dan semasa memandu kita rasa lebih yakin.
  4. SECURITY tambahan, carilah ikhtiar untuk menggandakan keselamatan kawasan perumahan kita dengan mengupah pengawal keselamatan, memasang pagar dawai, buat kunci/mangga tambahan, pasang CCTV (jika mampu le), pasang Alarm dan lain-lain lagi.
  5. SIDAI pakaian diampaian - konon-konon ada le orang di rumah, tetapi ingat!! jangan menggunakan penyidai pakaian yang jenis beroda, ini kerana ia boleh menutup pandangan gril/pintu anda (ini akan memudahkan 'pencuri' buat kerja di sebalik penyidai berkenaan)
Hati-hati dengan menyidai pakaian di ampaian beroda di luar rumah!
Borang Balik Kampung (Boleh download di www.cops.org.com)
Akhir kata, KyRe@tiF mengucapkan Selamat Balik Kampung, Pandu Cermat dan Ingatlah orang yang tersayang!!

Selanjutnya...

Isnin, 22 Ogos 2011

5S - Label @ Tangga

Apa lagi yang boleh kita buat kat tangga dalam nak me'label' bagi konsep Amalan 5S?.. Kadang-kadang dah takde idea sangat, kita sekadar hiasi sahaja dengan meletak pasu bunga, poster dan sebagainya. Disini KyRe@tiF nak berkongsi sedikit idea dari pengamatan tinjauan 5S/QE di beberapa tempat. Antaranya penambahbaikan Label @ Tangga adalah:
  1. Meletakkan Penunjuk Arah lokasi seterusnya (Tinggkat Atas ke mana & Tinggat Bawah ke mana)
  2. Membahagikan arah laluan tangga itu kepada 2, iaitu TURUN dan NAIK
  3. Meletakan Label 'AWAS' atau Line Kuning, sebagai tanda Berhati-hati dalam melangkah di anak tangga.
  4. Meletakkan Poster yang berkenaan dengan penggunaan tangga. Seperti yang telah ceritakan dalam post sebelum ini:

Label Anak Panah NAIK dan TURUN serta label AWAS
Poster Peringatan agar berhati-hati menggunakan tangga
Penunjuk Arah bagi lokasi yang seterusnya

Tangga yang dihiasi deretan bunga hiasan

Selanjutnya...

Sabtu, 20 Ogos 2011

KREATIF - Design Kerusi 'Made in Malaysia'


Alam sekitar rangsang kreativiti

Design menyerupai bentuk paku pakis
MENCIPTA sebuah rekaan produk memerlukan lebih daripada sebatang pensil atau sekeping kertas. Masa, kreativiti dan jati diri memainkan peranan penting dalam sesuatu rekaan.
Bagi Shahrul Anuwar Mohamed Yusof, 25, dia mengambil masa lebih enam bulan untuk mereka cipta produk bermula daripada peringkat kajian sehingga kepada pengembangan idea.
“Ia bersifat berterusan dan hampir setiap hari akan ada bahagian yang mahu diperbaiki,” ujarnya ketika ditemui di Studio Utusan baru-baru ini. Jelas Shahrul, pada mulanya, rekaan kerusi itu adalah untuk projek tahun akhir pengajiannya. Persediaan untuk menentukan idea sahaja, dia peruntukkan masa selama tiga minggu.
“Selepas tamat sesi penilaian, pensyarah saya memberi cadangan supaya menyertai pertandingan reka cipta, Radostar. Tidak sangka, selepas terpilih antara lima teratas. Saya muncul juara,” ujar pemenang tempat pertama pertandingan Radostar Prize pada tahun lalu.
Rekaan kerusinya digelar sebagai Fernature Chaise Lounge. Nama itu dipilih kerana fungsi dan dekorasi rekaan menggambarkan paku-pakis. Seperti pereka-pereka lain, sebanyak tiga langkah yang dilalui oleh Shahrul iaitu peringkat pemerhatian, kajian dan pengembangan idea.
“Rekaan saya menyerupai hidupan liar iaitu paku-pakis yang tumbuh di Malaysia terutama di tempat asal saya. Saya perhatikan, paku-pakis adalah tumbuh-tumbuhan yang mempunyai rekaan unik tetapi, kurang diambil perhatian.
“Jika dilihat pada produk Ikea, kita akan tahu itu adalah rekaan dari Sweden, manakala kerusi dari Jepun sangat jelas identiti zen. “Lalu, saya ambil rekaan paku-pakis sebagai asas reka bentuk dengan harapan ia akan menjadi ikon kepada rekaan dari Malaysia,” ujarnya menaruh harapan.

Selanjutnya...

Rabu, 17 Ogos 2011

SALAM NUZUL QURAN


Selamat menyambut Nuzul Quran pada hari ini bersaman 17 Ramadhan 1432. Dimana peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq... sumber Wikipedia

Selanjutnya...

Ahad, 14 Ogos 2011

SENYUM - Jom Layan Video MAKAN & KERETA

Jom kita layan satu video yang ringkas dan menarik ini, boleh membuatkan kita SENYUM jugak dalam 'menahan lapar dahaga' ini. Cukup kreatif pembikin video ini dengan pelakon yang selamba je.. jom layan n senyum...(jangan ponteng pose ye!!) hihihihi


Selanjutnya...

Jumaat, 12 Ogos 2011

KREATIF - Kempen Kibar Jalur Gemilang


Sempenan bulan kemerdekaan ini, Pihak Utusan Malaysia ada menganjurkan Kempen Hias Laman Web/Blog. Lumayan jugak hadiahnya. Apalagi, jom serlahkan kreativiti anda dalam menghiasi blog-blog dengan tema kemerdekaan. KyRe@tiF pun saja-saja masuk sekadar memeriahkan Blog SUKSES 5S ini, (tu pasal blog ini banyak bendera & 1Malaysianya..hi2) Sekadar semarakan kempen ini sahaja, nak menang tu susah sekali le..maklumlah lebih banyak bolg-blog yang dihiasi lebih cantik, kreatif, unik dan semangat. Kalau berminat boleh le Utusan Online( Kempen Merdeka 2011)

Blog SUKSES 5S yang telah masuk kempen ini

Antara bloger-bloger yang telah menghasilkan kreativiti masing-masing..cantik

Selanjutnya...

Khamis, 11 Ogos 2011

5S - Label Yang 'Tak Boleh di Ikut"!!

Dalam menjadikan amalan 5S, secara berkesan dan sistematik. Kaedah label atau tanda nama (signboard) amatlah membantu, ia adalah salah satu 5K yang pernah dikatakan dahulu, iaitu KEMUDAHKESANAN. Tapi perlu lah menghasilkan label yang kemas, menarik, mudah faham dan yang paling penting 'ejaan' nya betul. Disini sekadar berkongsi antara label-label yang 'tak sesuai' dalam 5S kita..

Hhahah hahah sekadar 'hiburan' sahaja..jangan buat label 5S kat tempat anda sudah leee... suksessss

Selanjutnya...

Isnin, 8 Ogos 2011

5S @ Ramadhan

Amalan 5S pun boleh jugak dilaksanakan di dalam bulan yang mulia ini, Bulan Ramadhan, tapi bukan lah 5S yang nak dapat sijil tu, hi3. Berikut dikongsi poster 5S @ Ramadhan (KyRe@tiF) dengan huraian '5S'nya oleh saudara Alhanzoli.. Jom 5S @ Ramadhan!!
SOWM : Berpuasa dengan penuh keimanan & mengharapkan keampunan (istilah arab)
SOLAT : Akan mendapat ganjaran berganda
SURAH : Perbanyakkan membaca, menghayati & mendalami Al-Quran
SEDEKAH : Memberi peluang mendalami kesusahan saudara sesama islam dan membantu sekadar termampu
SABAR : Ia diumpamakan kunci kepada syurga Allah

Untuk dapatkan poster ini : KP03_Poster 5S @ Ramadhan, emel atau isi borang di bawah (format PDF-A4 size)

Selanjutnya...

Ahad, 7 Ogos 2011

KREATIF - Pertandingan Blog Kreatif @ Selangor


Jom serlahkan bakat kreativiti anda dalam Pertandingan Blog Kreatif anjuran Kerajaan Negeri Selangor DE. Pertandingan ini terbuka kepada 3 kategori iaitu bagi Pelajar Sekolah Menengah, IPT dan Umum. Apa lagi jom rebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM16,300..wow!!. Untuk penyertaan dan maklumat lanjut boleh lah ke pautan berkenaan http://selangoridamanku.com/ Tarikh tutup penyertaan adalah 31hb Oktober 2011

Selanjutnya...

Jumaat, 5 Ogos 2011

5S - Pelancaran 5S @ Pra Sekolah (SK Putrajaya Presint 9 (2))

Tahniah diucapkan kepada guru dan pegawai di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9(2) telah berjaya mengorak langkah awal untuk menerapkan Amalan Kerja Persekitaran Berkualiti (QE/5S). Satu sesi Majlis Pelancaran Pengurusan Tempat Kerja Sistematik 5S/QE Pra Sekolah telah diadakan pada 13 Jun 2011, dan telah dilancarkan oleh Yang Berusaha Puan Guru Besar. 
Sesi taklimat pengenalan 5S juga telah dibuat pada 7 Jun 2011 yang lalu (5S @ SCHOOL) dan susulan itu majlis pelancaran telah diadakan. Semoga SKPP 9(2) terus berusaha dan berjaya mencapai matlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti dan sistematik serta berhasrat menuju ke arah pensijilan 5S
Puan Guru Besar, Pn. Hjh Khamisah Noor bt Md. Zin menandatangani
Polisi dan Objektif Amalan 5S Prasekolah
Penyampaian cenderahati ‘Buku Garis Panduan Amalan 5S’ dan Poster 5S MPC kepada semua penyelaras 5S
Puan Guru Besar dan warga prasekolah bergambar bersama ‘Buku dan Poster Amalan 5S ’ sebagai tanda simbolik bermulanya komitmen untuk melaksanakan amalan 5S di prasekolah

 

Selanjutnya...

Isnin, 1 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN 1432

KyRe@tiF mengucapkan selamat menyambut bulan penuh barakah. Semoga kita dapat menghayati dan mengisi sepenuhnya amalan mulia di bulan ini sebaik-baiknya.  

Selanjutnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...